Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

194 penduduk terjejas ombak besar pulang ke kediaman masing-masing

2025-01-14 IDOPRESS

Keadaan di pesisir pantai akibat ombak besar dan air pasang di Terengganu

KUALA TERENGGANU,14 Januari- Seramai 194 penduduk terjejas disebabkan fenomena ombak besar yang berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Kemaman sejak malam tadi telah pulang ke kediaman masing-masing.

Secara rasminya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkenaan ditutup pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan ketika ini hanya tinggal 106 penduduk terjejas yang masih berlindung di dua PPS.

92 orang di Balai Raya Kampung Geliga Pantai di daerah Kemaman manakala 14 lagi kekal berada di Balairaya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bandar Paka.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap