Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

JS-SEZ model perkukuh rantaian bekalan ASEAN

2025-01-09 IDOPRESS

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong / Foto Bernama

KUALA LUMPUR,8 Januari – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi model utama dalam usaha memperkukuhkan daya tahan rantaian bekalan di rantau ASEAN,menurut Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong.

Beliau menegaskan JS-SEZ mencerminkan potensi ASEAN dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI),selain menunjukkan keupayaan rantau ini untuk bekerjasama dengan kuasa-kuasa besar geopolitik.

“Kita mampu bekerjasama dengan pelbagai pemimpin geopolitik,kuasa-kuasa besar dan kita mahu kekalkan ia serta memperkukuhkan rantaian bekalan,” katanya.

Tambah Liew,pelabur perlu melihat kelebihan Malaysia dan ASEAN bukan semata-mata kerana kos tenaga kerja yang rendah,tetapi kerana kekuatan rantaian bekalan yang tersedia.

Ditemui selepas Persidangan Ekonomi ASEAN 2025 di ibu negara,Liew menyatakan bahawa rantaian bekalan ASEAN akan bertambah kukuh dengan lebih banyak projek pelaburan bersama antara negara-negara anggota.

Beliau turut menggesa negara-negara ASEAN untuk mengurangkan persaingan sesama sendiri dan memanfaatkan jalinan sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi rantau ini.

“Adalah penting untuk kita bergerak ke arah kerjasama strategik,berbanding saling bersaing,” tambahnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap