Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Proton berjaya jual 152,352 unit kenderaan pada 2024

2025-01-08 HaiPress

FOTO RTM

KUALA LUMPUR,7 Januari- Proton mengakhiri tahun 2024 dengan jualan sebanyak 152,352 unit bagi domestik dan eksport.

Jualan sebanyak 14,601 unit pada Disember menunjukkan peningkatan sebanyak 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menerusi kenyataan,syarikat itu berkata prestasi cemerlang ini dicapai selepas 12 bulan persaingan sengit bagi jenama automotif nasional.

Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk 2024 dianggarkan mencapai 813,521 unit.

Proton Saga menjadi model yang terlaris bagi 2024 dengan jualan sebanyak 72,769,iaitu peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif,Proton Edar,Roslan Abdullah berkata,dengan TIV yang melepasi 800,000 unit untuk pertama kali,pihaknya mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia,sekali gus meraih 18.7 peratus bahagian pasaran.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap