2025-01-08 HaiPress
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,6 Januari - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US danmata wang utama lain dalam persekitaransentimen berhati-hati menjelang penetapan People’s Bank of China(PBoC) hari ini,kata seorang penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.4890/5050 berbanding dolar US daripada4975/5030 pada Jumaat lepas.
Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkatapelabur memantau dengan teliti PBoC terutamanya selepas bank pusat itu membenarkan yuan China dalam pesisir melepasiparas utama 7.30 pada Jumaat lepas.
Penetapan PBoC merujuk kepada penetapan harian bank pusat negara itu bagi kadar rujukan yuan berbanding sekumpulan mata wang,satu langkah yang dipantau telitioleh pasaran kerana ia menunjukkanpendirian Beijing terhadap pengurusan mata wang.
“Pelarasan ini melemahkan yuan luar pesisir,mengakibatkan iamelepasi 7.35 berbanding dolar US dan telah mewujudkan kesan yang ketara di seluruh ekonomi ASEAN.
"Memandangkan yuan terus lemah di sebalik peningkatan hasil Amerika Syarikat (AS),ringgit dan mata wang ASEAN lain yang berkait rapat mungkin menghadapi peningkatan tekanan menurun," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia yang kukuh,justerukelemahan yuan China boleh menjejaskandaya saing eksport Malaysia sekali gus memberitekanan terhadapringgit.
Memandangkan yuan mempengaruhi pergerakan mata wang Asia yang lebih luas,ringgit mungkin menghadapi masalah yang sama,katanya.
"Pagi ini,ringgit diniagakan lebih tinggi sedikit berbanding dolar US pada awal dagangan,menunjukkanpeningkatan 0.12 peratus. Walaupun kenaikanini,Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 108.9,meningkat 3.07 peratus berbanding sebulan lepas," katanya.
Ringgit didagangkantinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada2.8496/8601 daripada2.8606/8643 ketika ditutup pada Jumaat,naik berbanding pound Britain kepada5.5771/5970 dariada5.5800/5869 sebelumnya dan melonjak berbanding euro kepada4.6259/6424 daripada4.6288/6345.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0112/0731 daripada13.0540/0753 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada277.1/278.2 daripada277.6/278.1 sebelum itu,meningkat berbanding dolar Singapura kepada3.2745/2869 daripada3.2828/2871 dan naik berbanding peso Filipina kepada7.71/7.75 daripada7.73/7.74 sebelumnya.
-- BERNAMA
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22