Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Alumni UPSI Chapter Uzbekistan, perkukuh hubungan antarabangsa

2025-01-03 HaiPress

Alumni UPSI dari Uzbekistan bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi UPSI sambil memegang kad Alumni Chapter Uzbekistan

TANJONG MALIM,3 Januari- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh hubungan antarabangsa menerusi majlis simbolik serahan kad alumni dan penubuhan Alumni Chapter Uzbekistan,yang melibatkan 19 pensyarah dari Uzbekistan yang juga alumni UPSI.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI,Prof. Dr Abdul Rahim Razalli berkata penubuhan Alumni Chapter Uzbekistan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara alumni dengan universiti,malah membuka ruang kepada kerjasama dalam bidang akademik,penyelidikan dan kebudayaan.

“Penubuhan Alumni Chapter Uzbekistan ini adalah bukti hubungan erat antara UPSI dan komuniti akademik antarabangsa,malah kami berbangga dengan kejayaan alumni yang membawa nama universiti ke persada dunia,” katanya.

Jelas beliau,hubungan erat dengan alumni antarabangsa adalah kunci kepada pengukuhan kedudukan UPSI sebagai institusi pendidikan global.

“Para alumni adalah aset penting universiti. Dengan penubuhan chapter ini,kami berharap dapat meningkatkan kerjasama strategik dengan Uzbekistan dalam pelbagai bidang seperti inovasi pendidikan,pertukaran pelajar dan kajian bersama.

Katanya,langkah itu adalah sebahagian daripada usaha UPSI untuk menggalakkan pemindahan ilmu dan pengalaman yang lebih meluas antara Malaysia dan Uzbekistan.

“Kami yakin,jaringan seperti ini dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran untuk pelajar dan pensyarah di kedua-dua negara,” ujarnya.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Prof. Dr Abdul Rahim Razalli di Fakulti Sains dan Matematik,Kampus Sultan Azlan Shah,UPSI pada 30 Disember lalu.

Sementara itu,Pengarah,Pusat Alumni UPSI,Dr Omar Firdaus Mohd Said berkata,kad alumni membuka peluang kepada alumni untuk menikmati pelbagai kemudahan dan potongan istimewa di UPSI.

“Kad Alumni UPSI kini ditawarkan pada harga pengenalan RM10 dengan manfaat potongan harga 5 hingga 20 peratus di pelbagai kemudahan universiti serta insentif istimewa untuk melanjutkan pengajian.

“Dengan keistimewaan seperti diskaun yuran pengajian dan akses kepada fasiliti,saya yakin inisiatif ini mampu menarik alumni untuk terus menyumbang dan berinteraksi dengan UPSI. Ini adalah satu cara yang berkesan untuk mengukuhkan rasa kekitaan di kalangan anak kandung Suluh Budiman.

“Kejayaan kita hari ini adalah hasil pengorbanan institusi ini sejak era SITC. Sebagai alumni,kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan nama UPSI terus gemilang,” katanya.

Turut hadir Pengarah,Bahagian Komunikasi Korporat UPSI,Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril,Pengarah Akademik & Antarabangsa UPSI,Prof Madya Dr Ridzwan Che Rus serta Timbalan Pengarah 1,Pusat Antarabangsa dan Mobiliti UPSI,Dr Nor Fadila Kasim.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap