Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

2024-12-25 IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengatasi penyusutan awal pada Selasa apabila ditutup bercampur-campur susulan sesi dagangan yang tidak menentu.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata harga niaga hadapan minyak sawit itu dicatatkan susulan peningkatan harga minyak sayuran di Bursa Komoditi Dalian dan Bursa Komoditi Zhengzhou di China serta data pengeluaran yang lebih lemah lemah.

Tindakan beberapa peniaga melepaskan pegangan dan mengambil untung,turut menambah sedikit tekanan ke atas pasaran,katanya.

“Unjuran pengeluaran yang dibuat oleh United Overseas Bank menunjukkan penurunan 7-11 peratus bagi 20 hari pertama Disember berbanding tempoh sama pada November yang turut mencerminkan tempoh pengeluaran bermusim yang lebih rendah.

“Penyusutan ini dijejaskan lagi oleh keadaan cuaca buruk,termasuk hujan dan banjir yang memberi kesan ke atas aktiviti penuaian. Berikutan itu,Disember menjadi bulan keempat berturut-turut mencatat pengeluaran rendah," katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan hari ini,kontrak Januari 2025 susut RM6 kepada RM4,895 satu tan; Februari 2025 naik RM18 kepada RM4,701 satu tan dan Mac 2025 menokok RM16 kepada RM4,558 satu tan.

Kontrak April 2025 menambah RM9 kepada RM4,421 satu tan manakala Mei 2025 turun RM3 kepada RM4,312 satu tan dan Jun 2025 susut RM2 kepada RM4,247 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 47,182 lot daripada 48,992 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 240,879 kontrak daripada 244,206 kontrak,sebelum ini.

Harga MSM fizikal untuk Januari Selatan meningkat RM40 kepada RM5,000 satu tan.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap