Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Inflasi November turun kepada 1.8 peratus - DOSM

2024-12-23 IDOPRESS

DOSM

KUALA LUMPUR,20 Disember- Kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 susut kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Oktober tahun ini,penurunan pertama sejak Ogos 2021,kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penyusutan itu didorong oleh inflasi kumpulan utama Maklumat & Komunikasi yang turun 2.3 peratus

"Ini diikuti oleh inflasi Pengangkutan (-0.2 peratus) dan Pakaian dan Kasut (-0.1 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata inflasi teras meningkat dengan kadar yang sama iaitu 1.8 peratus pada November 2024 berbanding Oktober 2024.

"Peningkatan ini didorong oleh kumpulan utama makanan dan minuman (3.7 peratus); penjagaan diri,perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan Perkhidmatan (3.4 peratus) dan Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (2.8 peratus)," katanya.

Bagi asas tahunan,kadar inflasi Malaysia bagi November 2024 meningkat kepada 1.8 peratus daripada 1.5 peratus pada November 2023.

Indeks harga pengguna (IHP) bagi November 2024 turun kepada 133.3 berbanding 130.9 pada tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata peningkatan inflasi pada November 2024 itu telah didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama kesihatan (1.2 peratus) dan pengangkutan (0.4 peratus) manakala inflasi makanan dan minuman meningkat pada kadar lebih tinggi 2.6 peratus berbanding 2.3 peratus pada Oktober 2024.

Selain itu,kumpulan utama perumahan,air,elektrik,gas dan bahan api lain turut menunjukkan peningkatan lebih tinggi pada 3.2 peratus berbanding 3.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Inflasi maklumat dan komunikasi terus menurun kepada negatif 3.9 peratus pada November 2024 (Oktober 2024: -1.7 peratus) disebabkan penurunan inflasi subkumpulan utama perkhidmatan maklumat dan komunikasi pada negatif 4.4 peratus (Oktober 2024: -1.8 peratus).

"Pakaian dan kasut kekal berada dalam jajaran negatif iaitu negatif 0.3 peratus (Oktober 2024: -0.2 peratus). Manakala penjagaan diri,perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.4 peratus); restoran dan perkhidmatan penginapan (2.8 peratus); rekreasi,sukan dan kebudayaan (2.0 peratus)," katanya.

Sementara itu,inflasi bagi pendidikan meningkat 1.5 peratus diikuti minuman,alkohol dan tembakau (0.8 peratus).

"Hiasan,perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.5 peratus) dan insurans dan perkhidmatan kewangan (0.5 peratus) meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya," katanya.

Menurut Mohd Uzir,inflasi dalam sektor pengangkutan turun kepada 0.4 peratus pada November 2024 daripada 0.7 peratus pada Oktober 2024,disumbang oleh subkumpulan utama pengurusan peralatan pengangkutan persendirian.

Antara item yang merekodkan kenaikan lebih rendah ialah perkhidmatan penyelenggaraan kereta,5.1 peratus (Oktober 2024: 5.4 peratus),perkhidmatan mencuci kereta,4.6 peratus (Oktober 2024: 4.7 peratus) dan pembaikan motosikal,3.2 peratus (Oktober 2024: 3.6 peratus).

Selain itu,subkumpulan pembelian kenderaan mencatatkan penurunan negatif 0.6 peratus (Oktober 2024: 0.3 peratus) kesan daripada penawaran penurunan harga iaitu diskaun dalam bentuk rebat kepada pembeli kereta baharu.

"Inflasi bahan api diesel dan petrol tanpa plumbum RON97 masing-masing kekal pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya iaitu pada 15.0 peratus dan negatif 8.1 peratus," katanya.

Purata harga Diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM2.95 seliter berbanding RM2.15 seliter pada November 2023 (Oktober 2024: RM2.95),bagaimanapun,purata harga diesel bagi Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Mohd Uzir berkata harga runcit petrol tanpa plumbum RON97 pada November 2024 adalah pada RM3.19 seliter berbanding RM3.47 seliter pada November 2023 (Oktober 2024: RM3.19).

Berhubung inflasi di peringkat negeri,kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus kecuali Pulau Pinang (2.9 peratus),Pahang (2.4 peratus),Selangor (2.1 peratus),Johor (1.9 peratus) dan Sarawak (1.9 peratus).

Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih,inflasi di Malaysia (1.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.8 peratus) dan Filipina (2.5 peratus).

"Bagaimanapun,kadar tersebut lebih tinggi berbanding Indonesia (1.6 peratus),Republik Korea (1.5 peratus),Thailand (1.0 peratus) dan China (0.2 peratus)," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap