Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Banjir di Terengganu: 795 penduduk terjejas banjir setakat 12 tengah hari

2024-11-27 HaiPress

Siren amaran awal banjir di Stesen Siren Kg. La,Besut telah berbunyi tahap amaran.

KUALA TERENGGANU,27 November – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 795 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi,berbanding 236 orang pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan bahawa 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di empat daerah,iaitu Besut,Setiu,Hulu Terengganu,dan Marang.

Daerah Besut mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 504 orang,diikuti Hulu Terengganu (135),Setiu (113),dan Marang (43).

Hujan lebat masih berlaku di kebanyakan kawasan,dan lebih ramai penduduk dijangka dipindahkan jika keadaan terus bertambah buruk.

Tujuh sungai utama di Terengganu kini melebihi aras bahaya,termasuk dua sungai di Besut dan Hulu Terengganu,serta masing-masing satu di Setiu,Dungun,dan Kemaman. Keadaan ini meningkatkan risiko banjir besar sekiranya hujan lebat signifikan berterusan.

Pihak berkuasa terus memantau keadaan dan menggesa penduduk agar sentiasa berwaspada terhadap arahan pemindahan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap