2024-11-12 HaiPress
Mohd. Fared menyaksikan penyerahan replika cek sumbangan MAIJ kepada keluarga pesakit / Foto RTM
JOHOR BAHRU,12 November - Sebanyak RM65,954 disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) kepada keluarga Md Hussin Parawangai yang terlantar di Madinah sejak Julai lalu untuk dibawa pulang ke negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor,Mohd Fared Mohd Khalid berkata sumbangan berkenaan diserahkan kepada isterinya,Jannariah Kimun bagi menampung kos pegawai perubatan dan peralatan serta tiket penerbangan untuk membawa pulang pesakit tersebut.
"Bersyukur kerana dapat membantu mereka yang terputus bekalan dalam perjalanan dan dipanggil sebagai Asnaf Ibu Sabil.
"MAIJ berharap proses untuk membawa Md Hussin berjalan lancar," katanya di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Md Hussin sepatutnya pulang ke negara ini pada 27 Julai lalu selepas mengerjakan umrah di tanah suci bersama tiga adik-beradik perempuannya.
Namun,empat hari sebelum jadual penerbangan pulang ke Malaysia,beliau dilapor rebah akibat serangan jantung di lobi sebuah hotel di Madinah.
Dua orang anaknya kini sudah berada di Madinah bagi urusan membawa ayah mereka pulang.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20