2024-11-01 HaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA
SUNGAI BESI,1 November-Perdana Menteri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mewujudkan isu perkauman dalam negara.
Katanya perkara itu menjadi punca berlakunya kezaliman yang lebih besar sama seperti yang berlaku di Gaza.
"Saya paling tidak toleransi dengan orang yang menanam kebencian kaum dan semua bibit rasisme di Malaysia.
"Bibit itu ada. Kita akan bekerjasama dengan mata macam kita,bukan mata macam sepet dan warna kulit kita,bukan warna kulit gelap.
"Apakah orang Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit",katanya demikian ketika menjawab soalan daripada pelajar pada Program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Pertananan Nasional Malaysia (UPNM),di sini.
Sementara itu,Perdana Menteri turut berkatakerajaan akan mempertimbangkan untuk melibatkan universiti atau institusi latihan pertahanan antara negara ASEAN.
Program itu boleh dilaksana sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN yang dipengerusikan Menteri Pertahanan.
"Untuk Menteri Pertahanan membuat persiapan awal sempena Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN kita buat program bersama Universiti Pertahanan kita adakan program exposure (pendedahan)",katanya.
Tambahnya,Malaysia diberi harapan tinggi dalam mempengerusikan ASEAN kali ini.
Ini termasuk beberapa mesyuarat terbesar akan dianjurkan pada tahun hadapan seperti Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20