2024-11-01 HaiPress
Peserta,guru dan sukarelawan bergambar kenangan di hadapan Dewan Tunku Canselor UM
KUALA LUMPUR,1 November – Seramai 100 anak yatim dari Kedah,Pulau Pinang,Perak,dan Selangor telah menyertai sebuah program anjuran Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim (YATIM) baru-baru ini di beberapa lokasi di Kuala Lumpur,termasuk Universiti Malaya (UM).
Program yang dinamakan ‘Opening Young Eyes (OYEs) – Kembara Ilmu Rukun Negara’ itu turut disertai lebih 20 guru pengiring.
Menurut Pengarah Urusan YATIM,Salehhuddin Osman,program berbentuk lawatan sambil belajar itu diadakan sepanjang tahun,khusus untuk anak-anak yatim yang terpilih dari seluruh negara.
Jelasnya,pembaharuan kali ini adalah dengan menjajarkan objektif lawatan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
"Untuk prinsip Rukun Negara yang pertama,Kepercayaan kepada Tuhan,para peserta telah dibawa melawat Masjid Negara.
"Bagi prinsip kedua,Kesetiaan kepada Raja dan Negara,mereka telah dibawa ke Istana Negara,termasuk melawat Balai Rong Seri,di mana istiadat rasmi dilaksanakan.
"Untuk Keluhuran Perlembagaan,mereka dibawa ke Parlimen,manakala untuk Kedaulatan Undang-undang,mereka melawat Muzium Polis DiRaja Malaysia.
“Pemilihan UM sebagai lokasi bagi prinsip kelima,iaitu Kesopanan dan Kesusilaan,dibuat bagi memenuhi objektif program secara ‘serampang dua mata’," katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu,mahasiswa tahun pertama jurusan undang-undang yang bertindak sebagai ketua pemudahcara program di UM,Muhammad Azri Nor Azman berkata objektif program terbabit telah tercapai dengan jelas dan teratur.
"Dengan kerjasama sukarelawan dari Kolej Kediaman Ibnu Sina UM,pasukan saya diberi tugasan untuk menerapkan kepentingan adab dan akhlak yang baik dalam proses menuntut ilmu,sesuai dengan prinsip Rukun Negara kelima.
"Walaupun masa yang diberikan agak singkat,ia cukup untuk kami melaksanakan beberapa modul aktiviti bersama para peserta,” katanya.
Dalam pada itu,menurut Pengetua Kolej Kediaman Ibnu Sina UM,Prof Madya Ir Dr Nahrizul Adib Kadri,program berkenaan memenuhi aspirasi nilai-nilai universiti tersebut.
"Kembara Ilmu Rukun Negara ini bukan sahaja menyantuni komuniti yang sering dianggap terpinggir iaitu anak-anak yatim,tetapi turut memenuhi aspirasi nilai-nilai universiti yang berteraskan komuniti,industri,dan pengantarabangsaan yang dijuarai oleh Dato’ Seri Naib Canselor UM,” katanya.
Program yang diadakan di Kompleks Perdanasiswa UM itu turut menerima kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP),myNEWS,kafe My Artisan Kitchen,dan Pusat Komunikasi Korporat (CCC).
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20