Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Deepavali: 2,000 orang berkunjung ke kuil tertua di Johor Bahru

2024-10-31 HaiPress

Pengerusi Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil,G. Meganathan

JOHOR BAHRU,31 Oktober- Seramai 2,000 penganut Hindu akan berkunjung ke Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil,Johor Bahru bagi menjalankan upacara keagamaan bersempena perayaan Deepavali,hari ini.

Sambutan dimulakan dengan mendapatkan restu daripada kedua ibu bapa di rumah masing-masing,sebelum bergerak ke kuil untuk memulakan upacara sembahyang.

Pengerusi Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil,G. Meganathan berkata,masyarakat India mula berkumpul di kuil berusia 107 tahun itu,sejak 9.00 pagi,meskipun ia dalam proses ubah suai.

"Kita panggil kuil ini sebagai Thaipusam Batu Caves dekat selatan. Di Selatan,inilah kuil yang paling tua,kerana setiap 12 tahun kita ubah suai,yang bermula pada awal tahun ini",katanya.

Beliau ditemui di Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil,Johor Bahru.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap