2024-10-29 HaiPress
Foto Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun
SEREMBAN,29 Oktober-Sebanyak 35 buah Sekolah Jenis Kebangsaaan Tamil (SJKT) di Negeri Sembilan menerima sumbangan kewangan bersempena sambutan Deepavali.
Menurut Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun,sumbangan itu bertujuan untuk menampung perbelanjaan sekolah masing-masing.
Jelasnya,kerajaan negeri komited dalam membangunkan pendidikan anak-anak di semua sekolah termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
"Banyak sekolah- sekolah sudah terima lebih awal. Jadi,baki yang belum menerima sebanyak 35 buah sekolah tahun ini kita bagi.
Sumbangan tersebut sebagai usaha bersama,Pejabat Menteri Besar untuk melihat anak bangsa India melakar cemerlang dalam pendidikan dan seterusnya kembali ke negeri ini untuk sumbang bakti kepada Negeri Sembilan",ucapnya demikian pada Majlis Perasmian Karnival Deepavali Negeri Sembilan Tahun 2024 di sini.
Pada tahun ini,karnival diadakan di dua lokasi iaitu Tapak Fun Fair Taman AST dan Jalan Dato’ Lee Fong Yee; menempatkan lebih 210 gerai jualan.
Dua lokasi karnival itu dihubungkan dengan perkhidmatan My.Bas bagi memudahkan pergerakan pengunjung di ke dua-dua lokasi.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20