2024-10-22 HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,21 Oktober- Ekonomi Malaysia dianggar berkembang 5.3 peratus pada suku tahun ketiga 2024.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia,anggaran itu lanjutan daripada peningkatan kukuh 5.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.
"Faktor termasuk pasaran buruh yang stabil,tekanan inflasi sederhana,dasar fiskal dan monetari yang menggalakkan menyokong pertumbuhan ekonomi.
"Aktiviti pelancongan yang pulih,perbelanjaan pengguna yang meningkat,dan pelaburan juga merangsang ekonomi," menurut kenyataan itu.
Prestasi ekonomi pada suku ini dipacu oleh sektor perkhidmatan dan diterajui oleh subsektor perdagangan borong dan runcit,pengangkutan dan penyimpanan dan perkhidmatan perniagaan.
Manakala sektor pembuatan mencatatkan peningkatan lebih baik,disokong oleh produk elektrik,elektronik dan optikal.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20