Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Banjir Perlis : 15 rumah terjejas, PPS diaktifkan

2024-09-17 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO BPD SUK PERLIS

ARAU,17 September- Sebanyak 15 buah rumah di sekitar Kampung Titi Besi ditenggelami air berikutan limpahan air kawasan Ulu Pauh susulan hujan lebat sejak semalam dan berlarutan sehingga kini.

Situasi berkenaan melibatkan 50 orang penduduk yang kini bersiap sedia untuk dipindahkan sekiranya keadaan semakin teruk.

Menurut Penghulu Bahagian Pentadbiran Daerah,Reswan Ramli dalam kenyataannya,semua agensi pengurusan bencana negeri kini diaktifkan dan bersiap sedia untuk membantu mangsa terlibat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Arau yang telah dibuka.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Titi Besi bersama agensi pengurusan bencana negeri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap