Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

2024-09-13 berita.rtm.gov.myHaiPress

BAN NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,13 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia(BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM21.46 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.42 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.

BNM akan turut menawarkan tender repo berbalik semalaman bernilai RM5bilion untuk satu hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM400 juta untuk 91 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,BNMakan menjalankantender semalaman konvensional sehingga RM29.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM24.8 bilion. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap