2024-09-03 berita.rtm.gov.myHaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,2 September- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Isnin dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM32.25 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.89 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender RM1 bilion bagi 91 hari.
BNM juga akan melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM400 juta untuk 91 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,bank pusat akan melaksanakan tender konvensional semalaman sehingga RM34.8 bilion dan tender murabahah semalaman RM22.3 bilion.- BERNAMA
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20