2024-08-29 berita.rtm.gov.myHaiPress
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,Datuk Khairussaleh Ramli / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,29 Ogos - Maybank mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 9 peratus bagi separuh pertama tahun ini,dengan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti berjumlah RM5.02 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,Datuk Khairussaleh Ramli berkata keuntungan sebelum cukai turut meningkat 7.2 peratus kepada RM6.89 bilion,didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan bukan faedah dan hasil fi teras yang lebih tinggi.
"Pendapatan operasi bersih juga naik 9.4 peratus kepada kira-kira RM14.9 bilion,dengan pendapatan bukan faedah meningkat sebanyak 28.4 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman Prestasi Kewangan Suku Kedua dan Separuh Pertama 2024,di sini pada Rabu.
Sementara itu,Pengerusi Kumpulan,Tan Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa berkata prestasi kewangan kumpulan bagi enam bulan pertama 2024 mencerminkan komitmen Maybank terhadap kecemerlangan dan daya tahan dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu.
Inisiatif strategik M25+ juga berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang dan memacu pertumbuhan yang mampan.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20