2024-08-27 berita.rtm.gov.myHaiPress
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menghadiri program Merakyatkan seni budaya bertempat di Dewan terbuka KK Hamid Hassan Tg Batu Laut pada Ahad lalu/Foto FB Datuk Nizam
Tawau,27 Ogos - Program Merakyatkan Seni Budaya yang dianjurkan di Dataran Pentas Tanjung Batu Laut,di sini berfungsi sebagai platform penting dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata inisiatif ini juga dilihat sebagai langkah memperkukuh adat dan budaya melalui penglibatan aktif generasi muda.
Katanya,dengan sambutan positif daripada masyarakat setempat jelas menunjukkan penghargaan mereka terhadap warisan seni dan budaya.
"Kehadiran pada malam ini mencerminkan kecintaan mendalam terhadap seni budaya,walaupun latar belakang suku kaum berbeza. Ini membuktikan kesatuan dan kesepaduan warga di sini," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program tersebut pada Ahad.
Pengerusi penganjur,Datuk Abdul Muis Picho,turut menyatakan harapannya agar program ini dapat mengeratkan lagi hubungan selain memupuk penghormatan terhadap adat dan budaya pelbagai kaum di negeri itu.
"Silaturrahim yang lebih erat dapat dijalin melalui kebudayaan. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,kebudayaan mempunyai potensi untuk menyatukan masyarakat kita yang pelbagai etnik," kata beliau.
Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan tarian kebudayaan daripada kaum Bugis,Toraja,Dayak Kenyah,dan Arab.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20