Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

JPN P.Pinang galak kerjasama pelbagai pihak, jayakan program kemerdekaan

2024-08-27 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto facebook Fahmi Fadzil

GEORGE TOWN,27 Ogos- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menggalakkan kerjasama dengan pelbagai pihak,termasuk agensi kerajaan,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),untuk menjayakan program-program pengisian kemerdekaan.

Pengarahnya,Datuk Abdul Said Hussain berkata,kerjasama erat itu mampu memacu semangat jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar dan guru.

"Saya lihat pelbagai agensi kerajaan swasta mahupun NGO dalam anjakan sembilan itu,kita pastikan kerjasama ini membawa impak yang positif dalam usaha menterjemahkan kemerdekaan pada anak-anak kita.

"Insya-Allah kerjasama ini akan berterusan dan Jabatan Pendidikan Negeri amat menggalakkan pelbagai pihak datang berurusan secara rasmi dengan Jabatan Pendidikan Negeri ataupun Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) untuk menjalin kerjasama bagi menjayakan pelbagai program pengisian kemerdekaan",katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran dan Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang di Sekolah Menengan Agama (SMA) Al-Mashoor Perempuan Jalan Sultan Ahmad Shah.

Dalam majlis itu,Tokoh Wira Merdeka Negara diberikan kepada Tan Sri Dato Yussof Latiff dan Tokoh Waja Kemerdekaan diberikan kepada Dato Baharul Azhar Omar dan Mustaqim Mastan.

Selepas majlis,murid-murid juga berpeluang melihat pameran barang-barang bersejarah yang dipamerkan oleh Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang (PERADABAN).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap