2024-08-26 berita.rtm.gov.myHaiPress
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan/ BERNAMA
KLUANG,26 Ogos- Kerja- kerja pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Mahmod Satu,Kluang,Johor melibatkan kos RM2.09 juta,bakal siap sepenuhnya April tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek berkenaan telah memasuki fasa 36 peratus siap dan mendahului jadual yang ditetapkan.
Antara pembinaan bangunan baharu yang dijalankan termasuk kantin dengan reka bentuk terkini,rumah sampah yang telah uzur,kerja-kerja elektik dan lain-lain.
"Kantin ini akan siap tiga bulan lebih awal,sepatutnya kantin siap pada April 2025 kerana untuk kita mengejar tarikh persekolahan. Maka kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyiapkan pada Januari 2025.
"Oleh itu,saya ucap tahniah pada kontraktor dan JKR yang boleh menyiapkan projek ini tiga bulan lebih awal",katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan ke pembinaan semula bangunan daif SK Tunku Mahmod Satu,Johor.
Kemudahan baru di sekolah berkenaan akan memberi manfaat kepada kira-kira 800 murid dan 57 guru.
Beliau berharap projek membina dan membaiki sekolah daif akan diteruskan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya bagi memberi manfaat kepada warga sekolah.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20