Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Usaha selamat mangsa tanah jerlus masih dilakukan - JBPM

2024-08-23 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,23 Ogos- Usaha menyelamat seorang wanita warga India yang terjerlus kedalam lubang dan tertimbus di bawah tanah di hadapan Malayan Masion,Jalan Masjid India sedang gigih dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 pagi tadi dan seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

"Pasukan operasi daripada balai Bomba Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta bantuan dari BBP Hang Tuah dengan kekuatan 15 anggota dan pegawai telah dihantar sebagai 'first responder' bagi menangani insiden tersebut.

"Pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa wanita warga India terjerlus ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.

"Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter.

"Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan Unit Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan unit pengesan (K9) di lokasi kejadian," katanya.

BERITA BERKAITAN:

JBPM,DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlus

Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap