2024-08-22 berita.rtm.gov.myHaiPress
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
ALOR GAJAH,22 Ogos- Sebanyak 59 projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan telah siap dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya sepanjang tahun ini.
Menterinya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia membabitkan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di peringkat persekutuan,negeri serta khidmat nasihat.
Justeru beliau berharap ia dapat membantu merancakkan lagi promosi tempat-tempat tersebut terutama di Melaka dan Pulau Pinang serta mampu menarik pelancong dari dalam dari luar negara.
“Terkini kita akan serahkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 27 Ogos (minggu) depan,bangunan tersebut telah siap dipulihkan dan ini membuktikan kesungguhan semua pihak yang komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan," katanya.
Antara bangunan warisan terlibat ialah Istana Budaya,Menara Condong Teluk Intan dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Platform for Exploration: Technical and Design (PENTAS) 2024 di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia,Datuk Roslan Ismail.
Sementara itu mengenai PENTAS,Nanta berkata ia bukti komitmen kementerian terhadap inisiatif untuk mengimbangi pembangunan negara melalui usaha pemeliharaan budaya dan warisan negara.
"Menerusi PENTAS,diharapkan strategi yang lebih bersepadu dan menyeluruh dalam memastikan pelaksanaan projek-projek yang melibatkan warisan adalah memenuhi jangkaan,berfokus dan berimpak untuk memberikan manfaat langsung kepada rakyat dan ekonomi negara," katanya.
PENTAS berlangsung tiga hari bermula hari ini melibatkan 400 peserta termasuk pakar bidang teknikal sektor pembinaan bagi berkongsi pengalaman mengenai pengurusan aset,pemuliharaan warisan serta perancangan pembangunan melibatkan elemen warisan dan budaya.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20