Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Tiga projek tebatan banjir beri manfaat kepada penduduk

2024-08-19 berita.rtm.gov.myHaiPress

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

DUNGUN,19 Ogos- Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berjaya menyiapkan tiga projek tebatan banjirbernilai RM141.27 juta di Terengganu.

Projek seliaan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) itu melibatkan Gong Kiat (Kuala Terengganu),Guntung Luar (Setiu) dan projek pemuliharaan Muara Sungai Paka (Dungun).

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata,dua projek di Setiu dan Kuala Terengganu itu sekali gus mengurangkan risiko banjir dan memberi keselesaan kepada hampir 3,500 penduduk setempat.

Manakala Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka,Dungun akan memberi manfaat kepada 1,000 penduduk daripada hakisan pantai serta risiko kerosakan bot nelayan akibat muara cetek.

"Selepas Projek ini siap dalam tempoh setahun,ia berjaya mengatasi masalah banjir manakala projek di Muara Sungai Paka memberi ruang kepada bot-bot nelayan kembali di kawasan itu dengan mudah.

"...jadi dengan siapnya tiga projek berkenaan ia memberi manfaat kepada penduduk sekitar," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan sesi menandatangani dan Penyerahan tiga Projek siap Persekutuan kepada Kerajaan Terengganu di sini.

Sementara itu,Akmal memberitahu terdapat 23 projekbernilai RM2.4 Biliion diluluskan bawah JPS bagi projek hakisan pantai dan tebatan banjir sedang dilaksanakan di Terengganu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap