2024-08-16 berita.rtm.gov.myHaiPress
Menteri Pengangkutan Anthonly Loke (dua,kanan) menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) Seremban di Terminal Bas Kuala Klawang
JELEBU,16 Ogos - Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina,Shah Alam yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu akan dikeluarkan petang ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata,laporan Biro siasatan Kemalangan Udara (BSKU) itu akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada pukul 3.00 petang nanti.
"Laporan itu akan dikeluarkan hari ini pada sebelah petang pukul 3.00 petang akan dimuat naik atas laman web Kementerian Pengangkutan jadi tunggu laporan nanti itu," kata Loke.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Seremban,di Terminal Bas Kuala Klawang,di sini.
Terdahulu media melaporkan laporan akhir nahas pesawat tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Dalam nahas itu pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.
Nahas itu mengorbankan 10 penumpang iaitu lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan) serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20