Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

7,100 penghantar makanan Food Panda manfaat Pakej p-Hailing Rahmah

2024-08-14 berita.rtm.gov.myHaiPress

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,13 Ogos - Seramai 7,100 penghantar makanan bawah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian Food Panda memanfaatkan Pakej p-Hailing Rahmah sejak dilancar Januari lalu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,pakej khas telekomunikasi serendah RM33 itu adalah bagi mengurangkan beban pemandu dan penunggang p-hailing untuk menikmati perkhidmatan internet pada harga murah.

"Program p-Hailing Rahmah yang mana kita telah rasmikan dulu dan setiap syarikat p-Hailing ada berhubung dengan syarikat telefon tertentu untuk menyediakan pakej-pakej khusus untuk penghantar mereka. Jadi saya difahamkan dalam kalangan penghantar Food Panda 7,100 orang yang telah menempah dan menggunakan pakej p-Hailing Rahmah," kata Fahmi.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Jejak Panda di Pantai Dalam.

Program yang berlangsung selama sehari itu disertai lebih 150 komuniti Lembah Pantai dan Rakan Penghantar Food Panda.

Turut diadakan sesi latihan buat peserta yang baharu mendaftar sebagai 'rider' aplikasi tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut berkesempatan menyerahkan 'kit rider'percuma bernilai RM150 .

Dalam pada itu Fahmi berkata,individu yang gagal mematuhi tata cara pemasangan jalur gemilang boleh dikenakan tindakan bawah Akta Lambang dan Nama 1963 (Akta 414).

Justeru beliau menasihati orang ramai supaya rujuk panduan yang telah disediakan Jabatan Penerangan.

"Orang awam boleh mendapatkan maklumat daripada Jabatan Penerangan melalui aplikasi ataupun di platform dbook.penerangan.gov.my. Dan di situ ada maklumat yang lebih terperinci mengenai cara-cara kita memasang bendera dan Jalur Gemilang dan apakah 'the do's and dont's' mengenai Jalur Gemilang yang merupakan satu simbol kemegahan dan kebanggaan dan kedaulatan negara kita. Pihak berkuasa,termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada," katanya lagi.

Mengulas mengenai isu pemasangan bendera di sebuah premis di Kuala Kangsar,jelasnya ringkas individu terbabit telahpun dikenakan tindakan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap