Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Penduduk terjejas banjir di Alor Gajah berkurangan

2024-08-13 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto RTM

MELAKA,12 Ogos - Bilangan penduduk terjejas banjir di Alor Gajah mencatatkan sedikit penurunan kepada 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam ini berbanding 418 orang daripada 127 keluarga pada 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata kesemua penduduk terjejas ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka secara berperingkat bermula semalam.

"PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 orang daripada 13 keluarga,PPS Balai Raya Ayer Paabas (61 orang daripada 13 keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (163 orang daripada 59 keluarga).

"Selain itu,PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (125 orang daripada 30 keluarga),PPS Dewan Japerun Ayer Limau (45 orang daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (10 orang daripada empat keluarga),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kawasan terjejas termasuk Kampung Paya Lebar,Kampung Ramuan China Besar,Kampung Bukit Apit,Kampung Ayer Limau,Kampung Sungai Jernih,Kampung Lekok,Kampung Paya Rumput,Kampung Lubok China,Taman Masjid Tanah Ria,Taman Bandar Baru Masjid Tanah,Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.

Selain itu,turut terjejas ⁠Taman Awan Biru,Taman Seri Bayu 2 dan 3,Taman Seri Aman,Kampung Belimbing Dalam,Kampung Solok Ayer Limau,Kampung Seri Jeram,Kampung Ladang,Kampung Keramat Lebai,Panchor dan Taman Rembia Jaya.

Cuaca dilaporkan cerah pada malam ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap