Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Polis kesan penuntut IPT beri kebenaran 'scammer' guna akaun bank

2024-08-10 berita.rtm.gov.myHaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution (tengah) pada Program Sua Mesra bersama KDN di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan,Kampung Guar Lobak,Padang Serai di sini,hari ini.

KULIM,10 Ogos- Terdapat penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dikesan memberi kebenaran kepada sindiket penipuan dalam talian atau 'scammer' untuk menggunakan akaun bank mereka.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,berkata pihak polis menerima laporan berkaitan pelajar IPT yang didapati berbuat demikian.

Jelasnya,tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penuntut berkenaan berdasarkan pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman terhadap pemegang akaun bank jika membenarkan pihak ketiga menggunakannya.

"Ada kes yang kami siasat membabitkan pelajar universiti membenarkan akaun mereka,instrumen pembayaran dan kad digunakan sindiket penipuan.

"Kita boleh ambil tindakan ke atas mereka... pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan membolehkan tindakan diambil ke atas individu yang membenarkan akaun dan instrumen kewangan miliknya diguna pakai oleh sindiket," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan,hari ini.

Saifuddin berkata kes penipuan dalam talian meningkat saban tahun biarpun terdapat hebahan dan kempen kesedaran kepada rakyat.


Justeru katanya,kerajaan sentiasa komited untuk memberi lebih banyak kempen kesedaran kepada rakyat agar tidak terus menjadi mangsa.


"Sebab itu langkah yang dibuat satunya menerusi pindaan Kanun Keseksaan yang diluluskan di bawah Seksyen 424.

"Pindaan tatacara jenayah membolehkan seorang polis berpangkat sarjan yang menerima aduan jenayah penipuan dalam talian membabitkan akaun mangsa di talian 997 (Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)) membekukan akaun terbabit," katanya.

Terdahulu Saifuddin turut melancarkan Skuad Antidadah cawangan Padang Serai yang menjadi cawangan pertama ditubuhkan mengikut kawasan parlimen di seluruh negara.

Beliau berkata kini Skuad Antidadah mempunyai seramai 161,440 ahli terdiri daripada golongan berusia 18 hingga 45 tahun di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu,seramai 11,380 orang adalah belia dari Kedah.Jumlah tersebut sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dan merupakan sebahagian daripada kempen satu juta Skuad Antidadah dilancarkan bersempena Program Hari AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) Bersama Masyarakat di Lembah Pantai,Kuala Lumpur pada 10 September tahun lalu.

"Skuad ini akan jadi mata telinga dan suara kami,mereka akan terus menerima latihan dan bimbingan serta akan memberi maklum balas mengenai semua isu berkait dengan dadah dan penyalahgunaan bahan terlarang di kawasan masing-masing," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap