Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Undang-undang pemindahan hak milik tanah akan diteliti semula - Anwar

2024-08-09 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,9 Ogos- Undang-undang berkaitan pemindahan hak milik tanah kegunaan awam kepada syarikat swasta akan diteliti semula.

Jelas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,tindakan pengambilan tanah sewenang-wenangnya itu dibimbangi akan memberi implikasi serius terhadap negara sekiranya dibiarkan.

Memetik keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan memindah milik tanah seluas 106.542 hektar di Mukim Batu kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB).

Meskipun,kerajaan patuh dengan keputusan penghakiman yang telah dibuat,undang-undang tersebut bagaimanapun akan memberi implikasi serius kepada negara sekiranya tidak diteliti semula.

"Kita patuh dengan keputusan kehakiman tetapi yang dimohon kedua-dua pihak,kami telah berunding tiga bulan untuk berunding tetapi tidak disetujui,jadi kita juga akan lihat implikasi undang-undang dan implikasi kepada negara itu sangat serius.

"Saya akan cadangkan kepada Jemaah Menteri untuk melihat semula undang-undang ini kerana kalau prinsip ini digunakan bagaimana dengan tanah-tanah rakyat yang dulu diambil sejak merdeka atau sebelum merdeka," katanya selepas menyampaikan amanat bersempena Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini.

Sebelum ini,Hakim Mahkamah Tinggi,Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan agar kerajaan perlu memindah milik tanah ‘Duta Enclave’ kepada SESB,selepas membenarkan saman pemula syarikat itu terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan selaku defendan.

Tanah terbabit,menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri,beberapa bangunan kerajaan,Stadium Hoki Nasional,Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap