Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

2024-07-26 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,26 Julai - Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang perlahan terhadap mata wang tempatan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini.

Pada 8.05 pagi,ringgit merosot kepada 4.6650/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6600/6625 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan diniagakan pada paras semasa berbanding dolar AS berikutan jangkaan kekal bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua 2024 mencatatkan lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 2.8 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.0 peratus dan lebih tinggi daripada 1.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Katanya tuntutan pengangguran awal juga lebih rendah kepada 235,000 pada minggu lepas berbanding unjuran konsensus sebanyak 237,000.

“Walaupun data masih stabil,pengumuman pada malam ini akan menjadi lebih penting dengan inflasi harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dijangka mencatatkan lebih rendah kepada 2.4 peratus pada Jun berbanding 2.6 peratus pada Mei.

“Begitu juga,PCE utama akan susut lagi kepada 2.5 peratus daripada 2.6 peratus sebelum ini,” katanya.

Sementara itu,mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0363/0398 daripada 3.0598/0616 semalam,mengukuh berbanding pound kepada 5.9978/6.0042 daripada 6.0039/0072,bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 5.0629/0684 daripada 5.0570/0597 semalam.

Bagaimanapun,ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8789/8991 daripada 12.8875/9005 pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4733/4773 daripada 3.4714/4735 semalam.

Berbanding rupiah,mata wang tempatan merosot kepada 287.0/287.5 daripada 286.7/287.0 dan berbanding peso,kepada 7.96/7.97 daripada 7.95/7.96 semalam. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap