Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Penubuhan enam hab perkhidmatan global, pelaburan lebih RM3 bilion berjaya diperoleh

2024-07-25 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,25 Julai- InvestKL memperoleh nilai pelaburan berjumlah RM3.3 bilion dan mewujudkan 3,389 pekerjaan bernilai tinggi melalui penubuhan enam hab perkhidmatan global.

Penubuhan hab oleh firma Amerika Syarikat,Eropah dan Asia itu mengukuhkan tarikan Greater Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan utama,disebalik cabaran global.

Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Muhammad Azmi Zulkifli berkata,ia disokong inisiatif memudahkan urusan perniagaan,infrastruktur kukuh,bakat mahir dan ekosistem kondusif.

Sehingga kini,InvestKL telah menarik kehadiran 140 Hab Perkhidmatan Global oleh syarikat terkemuka yang menggaji 27,000 pekerja dengan purata gaji bulanan RM17,000.

Prospek ekonomi yang stabil dan usaha rasionalisasi turut menyumbang kepada lonjakan dalam pelaburan langsung asing (FDI).

Peningkatan pelaburan dapat dilihat dalam teknologi digital,termasuk perisian,inovasi hijau dan pusat data.

InvestKL akan terus memberi tumpuan untuk menarik perkhidmatan global daripada sektor utama seperti digital dan teknologi,teknologi kesihatan dan tenaga boleh diperbaharui.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap