2024-07-14 berita.rtm.gov.myHaiPress
Ahli Parlimen Labuan,Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman
LABUAN,13 Julai-Pangkalan Udara Bomba perlu diwujudkan di Labuan memandangkan kawasannya yang strategik dan dikelilingi perairan yang berisiko tinggi.
Selain itu,Labuan juga terdedah kepada risiko kejadian bencana disebabkan pengoperasian minyak dan gas selain industri logistik dan perkapalan kata Ahli Parlimen Labuan,Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.
Kemudahan itu juga akan memberi impak kepada Sabah sekiranya berlaku bencana alam memandangkan ketika ini hanya terdapat satu pasukan udara bomba sahaja di Malaysia Timur yang terletak di Miri.
"Di Labuan kita sudah ada kemudahan kos dari segi pembinaan dan tanah tidak perlu sangat menjimatkan kerajaan.
"Kalau di tempat lain mungkin kita perlu pengambilan tanah kita perlu bina bangunan. Di Labuan sudah ada boleh dikatakan kalau Perdana Menteri luluskan kita sudah boleh beroperasi secepat mungkin",katanya selepas merasmikan Program Keselamatan Kebakaran dan Keselamatan Aktiviti air peringkat Labuan di sini.
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20