Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

JSPT Perlis tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus

2024-07-12 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto RTM

KANGAR,12 Julai-Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman trafik terpilih selama tiga hari bermula hari ini sehingga 14 Julai ini sempena Karnival Jualan Agromadani Mega di Dataran Bersebelahan Kompleks DUN Perlis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri,Superintendan Saifudin Aslin Abbas dalam kenyataannya memaklumkan,inisiatif ini bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk membayar saman trafik dengan diskaun yang ditawarkan itu.

Selain itu,usaha berkenaan dilakukan berikutan kesedaran pengguna jalan raya khususnya di Perlis yang masih rendah dalam menjelaskan saman tertunggak.

Saifuddin walaubagaimanapun menegaskan pemberian diskaun saman tersebut tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah,saman menggunakan lorong kecemasan,saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar.

JSPT turut menyediakan kaunter bagi pembayaran fizikal serta mereka yang ingin membayar saman menggunakan aplikasi MyBayar PDRM dengan menyediakan kod QR untuk mereka mendapatkan diskaun 50 peratus berkenaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap