Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

KPDN pantau penyelewengan minyak, pengusaha berdepan hukuman pembatalan lesen

2024-06-28 berita.rtm.gov.myHaiPress

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN,Datuk Azman Adam

KANGAR,28 Jun - Pengusaha stesen minyak yang didapati bersubahat dalam penyelewengan minyak bakal berdepantindakan penggantungan atau pembatalan lesen.

Ketua Pengarah Penguatkuasa,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Azman Adam berkata pihaknya mempunyai beberapa mekanisme baharu bagi memantau aktiviti tersebut.

Beliau berkata,mekanisme baharu itu antaranya penempatan anggota penguatkuasa di sempadan dan stesen minyak selain penguatkuasaan kamera litar tertutup (CCTV).

"Kalau daripada siasatan kita,kita dapati mereka ini dengan sengaja atau pun dengan kecuaian mereka,mereka tertakluk pada undang-undang kita.

"Undang-undang kita ini boleh sampai kepada tahap untuk kita gantung lesen mereka,untuk kita batalkan lesen dan juga untuk kita ambil tindakan lain seperti siasatan dibuat AMLA dan sebagainya,jadi kita tengok kepada hasil daripada siasatan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penyerahan Arahan Pengawal Bekalan Kepada pemilik stesen Minyak,di sini.

Perlis menjadi negeri kedua selepas Kelantan menguatkuasakan larangan pembelian minyak secara berulang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap