2024-06-28 berita.rtm.gov.myHaiPress
Pasukan Hazmat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech tiba di lokasi dan membuat kerja-kerja mengenal pasti bahan dan membuat pengalihan bahan tersebut
SUNGAI PETANI,28 Jun- Seramai 21 pekerja sebuah kilang pembuatan sarung tangan getah di sini dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan muntah selepas terhidu bahan kimia jenis Ammonia yang bocor.
Kejadian berlaku di kilang terbabit kira-kira pukul 10.00 pagi tadi.
Komander Operasi Kanan Zon 2 Sungai Petani,Penguasa Bomba Johari Bar Azwar berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan berlakunya tumpahan bahan kimia di sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bakar Arang.
"Beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani kemudian diarah ke lokasi.
"Setibanya di lokasi,pemeriksaan mendapati,berlaku kebocoran bahan kimia Ammonia di kilang terbabit," katanya dalam satu kenyataan.
Pekerja yang mengalami sesak nafas dan muntah-muntah itu dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim,Sungai Petani oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan EMRS.
Pasukan Hazmat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech tiba di lokasi dan membuat kerja-kerja mengenal pasti bahan dan membuat pengalihan bahan tersebut.
Kejadian berlaku kurang 24 jam selepas 17 pekerja mengalami pedih mata dan pening kepala termasuk seorang daripadanya pengsan akibat terhidu bahan kimia sodium hypochlorite yang tumpah di kilang yang sama,semalam.
Tumpahan bahan kimia sodium hypochlorite berjumlah kira-kira 60 liter.
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25
12-25