Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

PM Anwar seru perjuangkan kebangkitan Selatan Global

2024-06-26 berita.rtm.gov.myHaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,26 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru untuk memperjuangkan kebangkitan Selatan Global,bagi memupuk dunia yang setiap negara mempunyai tempat dan suara dalam membentuk masa hadapan yang kolektif.

Dalam satu hantaran di Facebook,Anwar berkata ini kerana Selatan Global sedang berubah dan memperlihatkan perubahan dalam negara-negara barat.

“Sebagai contoh,Sepanyol,Ireland dan Norway menjadi lebih tegas dan tanpa rasa bersalah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu global.

“Ini menunjukkan satu langkah ke arah perspektif global yang sebenarnya,di mana pelbagai suara dan pandangan semakin diiktiraf dan dihormati,” katanya.

Anwar turut menyatakan bahawa beliau dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva,komited untuk memajukan agenda itu.

“Mengimbau semula zaman Zhou Enlai,Sukarno dan Nyerere semasa Persidangan Bandung Asia-Afrika pada tahun 1955,adalah jelas bahawa walaupun dunia telah berkembang,namun sikap merendah-rendahkan yang lain dan pemikiran penjajah masih lagi berterusan,” katanya.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap