Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

AirAsia dinobat syarikat penerbangan tambah rendah terbaik dunia

2024-06-25 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,25 Jun- AirAsia dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024.

Pengiktirafan bagi tempoh 15 tahun berturut-turut itu,mencerminkan usaha inovasi dan tawaran perkhidmatan terbaik oleh syarikat penerbangan tambang rendah tersebut.

AirAsia turut diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dalam majlis yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Capital A,Tan Sri Tony Fernandes,di London.

Menerusi kenyataan,beliau yang juga pengasas syarikat penerbangan itu berkata,AirAsia komited meningkatkan pengalaman penumpang seiring piawaian keselamatan bertaraf dunia.

"Berdasarkan rekod operasi 23 tahun di pelbagai hab di Asia,AirAsia turut menambah baik pengalaman penumpang dalam aspek tempahan dan perjalanan serta perkhidmatan inovatif."

"Pengaktifan semula pesawat dan penghantaran pesawat baharu dalam masa terdekat,dijangka membolehkan AirAsia meneroka destinasi baharu dan berpotensi memperluas rangkaian merentasi benua Afrika dan Eropah," kata kenyataan itu.

Sejumlah 325 syarikat penerbangan telah disenarai pendek dalam anugerah dianjurkan agensi penarafan pengangkutan udara,Skytrax kali ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap