2024-06-25 berita.rtm.gov.myHaiPress
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan/Foto BERNAMA
NIBONG TEBAL,25 Jun-Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan meminta agar Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Blackrock Inc (Blackrock) kepada rakyat.
Ujarnya,penjelasan itu perlu dibuat agar tidak timbul sebarang kekeliruan dan rakyat memahami apa yang berlaku terutama melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya,beliau mempunyai maklumat termasuk data berkaitan perkara berkenaan tetapi meminta kementerian yang bertanggungjawab mengenai isu itu membuat perincian mengenainya.
"Saya ada maklumat lengkap (berhubung semua entiti itu) tapi bukan saya yang patut mengatakannya,maka (di sini) biar Kementerian Kewangan buat kenyataan rasmi mengenai perkara itu",katanya selepas meninjau Projek Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Pegawai jabatan berkenaan di Jawi,di sini,hari ini.
Tegasnya,Sebelum ini,Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan telah pun diberi penjelasan terperinci dan memahami mengenai perkara itu
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20
12-20