Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Sultan Nazrin berkenan rasmikan Masjid Abdul Rahman Auf

2024-06-17 berita.rtm.gov.myHaiPress

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Abdul Rahman Auf (Ma’aruf) di Ipoh

IPOH,16 Jun- Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Abdul Rahman Auf (Ma’aruf) di sini.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan kepimpinan negeri.

Baginda kemudian berkenan menyertai takbir raya bersama-sama kariah masjid dan menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Selesai takbir dan solat,Sultan Nazrin kemudian meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama-sama para jemaah sebelum meninggalkan perkarangan masjid.

Pada awalnya,Masjid Abdul Rahman Auf adalah sebuah surau yang dibina di atas tanah berkeluasan 1,244 meter persegi pada 1 April 2004 dan siap dibina pada 1 April 2007.

Kos pembinaannya menelan kos lebih RM930,000 serta boleh memuatkan kira-kira 700 jemaah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap