Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

2024-06-11 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,10 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Jun 2024 turun 7.0 mata kepada 1,611.5,Julai 2024 susut 6.0 mata kepada 1,617.0,September 2024 berkurangan 5.5 mata kepada 1,602.5 dan Disember 2024 jatuh 6.5 mata kepada 1,608.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,076 lot daripada 8,478 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 50,488 kontrak daripada 53,827 kontrak sebelumnya.

Pada pukul 5.00 petang,FBM KLCI turun 3.49 mata kepada 1,614.37 daripada paras penutup 1,617.86 pada Jumaat minggu lepas.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap